Wednesday 18 July 2012

TAJUK 1: SIFAT TAKBUR

OBJEKTIF PEMBELAJARAN


Diakhir pembelajaran murid dapat :


PENGERTIAN TAKBUR 
Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kepada Nabi Adam.”
Lalu mereka sekaliannya sujud melainkan Iblis; ia enggan dan takbur dan menjadilah ia
dari golongan yang kafir. [al-Baqarah 2:34]

Mengapakah iblis enggan sujud? Dalam ayat 34 surah al-Baqarah di atas Allah Subhanahu wa Ta'ala menerangkan bahawa sebab iblis enggan sujud ialah takbur. Apakah yang dimaksudkan dengan sifat takbur?? 

  • Perasaan besar diri, sombong, angkuh dan tidak boleh menerima kebenaran.
  • Merasa diri lebih hebat, canggih dan baik dari yang orang lain.  


 Terdapat 6 sifat takbur :
  1. Kerana keturunan
  2. Kerana kekayaan
  3. Kerana kekuatan
  4. Kerana kecantikan
  5. Kerana ilmu
  6. Kerana alim  


DALIL LARANGAN TAKBUR


لاَ جَرَمَ أَنَّ ٱللَّهَ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّونَ وَمَا يُعْلِنُونَۚ إِنَّهُ لاَ يُحِبُّ ٱلْمُسْتَكْبِرِينَ

(Surah An-Nahl ayat 32)
 
Maksudnya : Sebenarnya bahawa Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka zahirkan, sesungguhnya ia tidak suka kepada orang yang sombong takbur.


Sabda Rasulullah S.A.W. :Tidak akan masuk ke syurga orang yang di dalam hatinya memendam sebesar biji sawi dari sifat sombong.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


CIRI - CIRI TAKBUR



SUKA MENGUMPAT


SUKA MENIMBULKAN KEMARAHAN ORANG LAIN

MEMANDANG RENDAH DAN MENGHINA ORANG LAIN

SUKA BERDENDAM

ILMU YANG DIPELAJARI TIDAK DIMANFAATKAN



HIKMAH MENJAUHI SIFAT TAKBUR

  • Mengeratkan hubungan silaturrahim.
  • Amal ibadahnya diterima oleh Allah s.w.t.
  • Dikurniakan pahala.
  • Disayangi oleh ibu bapa, rakan, guru dan masyarakat.
  • Ilmu dan wang diterima diberkati oleh Allah. 

Kesimpulannya, sifat takbur atau sombong sesama manusia amat dimurkai oleh Allah s.w.t. Tambahan lagi, sifat ini akan menjadi penghalang seseorang daripada masuk ke syurga. Nauzubillah,,,Semoga kita dilindungi daripada sifat ini muncul dalam diri kita..INSYAALLAH..

LATIHAN




JAWAPAN


 

No comments:

Post a Comment