Tuesday 24 July 2012

SEKADAR RENUNGAN

MUHASABAH DIRI,,.


Assalamualaikum diucapkan dan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat..RAMADHAN KAREEM..semoga ramadhan kali ini adalah lebih baik daripada yang sebelumnya. INSYAALLAH..ok,,post saya kali ini hanyalah sebagai renungan dan semoga kita dapat bersama-sama bermuhasabah diri. 

Di kiri kanan kita ada 'jiran' yang tidak pernah berenggang dengan kita. Antara kita dengan mereka tiada dinding atau hijab. Antara kita dengan mereka juga tiada rahsia. Mereka tahu segala nawaitu, ucapan dan perbuatan kita. Belum sempat kita kemas kini status di wall Facebook, mereka terlebih dahulu mencatat. Sungguh pantas!!

Apabila hati baru merancang ingin melakukan kebaikan, mereka telah merekodkannya walaupun belum lagi buat. Belum buat sudah diambil kira. Hebat sungguh komitmen mereka memastikan segala diari hidup kita direkodkan secara sistematik dan tiada satu pun yang tertinggal.

Jika kita mampu berfikir sejenak, agak-agaknya 'jiran' kita yang mana lebih sibuk?? Jiran disebelah kanan ataupun kiri? Jiran yang mencatat amalan baik ataupun buruk? Jiran yang bernama Raqib ataupun Atid?

Ada satu cadangan menarik yang boleh dikongsi bersama. Boleh kita sama-sama berazam melakukannya? Apa kata kita bagi malaikat Atid 'bercuti' atau buat kerja yang paling minimum? Malaikat Raqib memang lebih molek bekerja keras dan lagi bagus kalau tiada masa rehat. Kenapa? Kerana itu tanda kita sedang mencari bahagia di dunia dan INSYAALLAH akan terus bahagia di akhirat kelak.  

No comments:

Post a Comment